Friday, March 19, 2010

:: Muhasabah Diri ::



1. Adakah aku beristighfar selepas bangun daripada tidur psada hari ini?

2. Sudahkah aku berselawat ke atas Nabi SAW pada hari ini?

3. Sudahkah aku menziarahi kubur pada hari ini?

4. Adakah sepanjang hari ini aku sudah bersedekah?

5. Adakah aku sudah mengkhatamkan Al-Quran pada hari ini?

6. Adakah aku bangun di satu pertiga malam semalam untuk solat Tahajjud atau lena dibuai mimpi?

7. Adakah aku membaca Al-Quran pada hari ini?

8. Adakah aku berhubung dengan ibu bapaku pada hari ini?

9. Adakah hari ini hati aku terpalit dengan iri, dengki dan marah pada orang lain?

10. Adakah sebelum aku tidur semalam, aku telah memaafkan semua orang?

11. Adakah aku sudah menyatakan bahawa aku mencintai sahabatku kerana Allah?

12. Adakah aku pergi ke kuliah pada hari ini?

13. Adakah aku menjaga pandanganku daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan Allah pada hari ini?

14. Adakah aku telah menghayati kebesaran Allah pada hari ini?

15. Adakah aku lengkap solat jemaah 5 waktu pada hari ini?

16. Adakah aku telah menangisi dosa-dosaku pada hari ini?

17. Adakah aku sudah mengucapkan syukur atas keIslaman aku pada hari ini?

18. Adakah hari ini aku tidak mengucapkan perkataan yang sia-sia?

19. Adakah hari ini aku ada duduk sejenak berfikir tentang masalah umat?

20. Adakah hari ini kakiku banyak melangkah ke tempat maksiat berbanding ke rumah Allah?


أَلا بذكرالله تطمئن القلوب

“Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan tenang?” (Ar-Ra’ad: 28)



~Senyum Sokmo~

(^_^)

0 Comment:

Post a Comment