Salam Ukhuwah…
“aku bukan suparman…”pernah dengar lirik ni??… bila difikirkan… suparman=sempurna… boleh ke disamakan dari segi perkataan?? Kalau dari segi maksud, memang lain la…
Sempurna…hanya seorang sahaja insan di atas muka bumi ini yang sempurna iaitu Nabi S.A.W. Junjungan Mulia. So, pakat-pakat la kita amalkan “3S”… gapo plok “3S” tu??
Hmm…sempena Kempen Bi’ah Solehah baru-baru ini. Mahasiswa/wi di sini diterapkan dan ditekankan dengan “3S”.
- Salam
- Senyum
- Sangka Baik
Memang kena la juga kempen ini dengan situasi sekarang ni, tak ramai yang amalkan “3S” termasuklah diri saya sendiri..huhu..(apa nak jadi la dengan saya ni).
SALAM…kalau kat Malaysia, kita hanya bagi salam semasa nak masuk rumah, masjid dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya. Kat sini, esspecially kat Mesir, kat mana-mana pun diorang amalkan salam. Tak kira kat mana dan keadaan, even tak kenal sekalipun..diorang still boleh bagi salam. Saya masih cuba mempraktikkan salam antara semua orang…masuk taxi, bagi salam (walaupun kadang-kadang rasa nak marah sebab kena charge mahal)..hoho..dan mana-mana kedai yang saya masuk.
SENYUM…kadang-kadang kita senyum kat orang yang kita kenal je. So, apa kata sekarang kita cuba lebarkan senyuman kat orang yang kita kurang kenal (tapi salam didahulukan). Tapi hati-hati sikit kalau nak senyum, jangan sampai salah pula maksud senyuman kita..hehe…kita ada Beyt Muslim (paham-paham je la ek), kalu lebih senyum pula..orang akan cakap kita tak berapa betul pula. So, pandai-pandailah balance kan senyuman anda k….bak kata sepotong ayat dari nogori Cik Siti Wan Kembang…”SENYUM SOKMO”…
Lastly, SANGKA BAIK…fuhhh…memang payah la juga nak buat benda…saya akui..huhu. kadang-kadang awalnya memang kita sangka baik dengan kawan-kawan sekeliling tapi bila tiba-tiba kita terlihat diorang buat sesuatu yang kita tak suka, secara automatiknya, segala sangkaan baik kita selama ini terhadap dia akan pudar slow-slow. Nak pupuk balik sangka baik tu memang payah. Jadi, kita jangan la sesukahati nak nilai orang tu dari luaran je. Cuba selami diri-diri mereka, mana tau kan…kita boleh bantu diorang.
Sama-samalah kita amalkan “3S” dalam kehidupan kita seharian.
Semoga dipermudahkan Allah S.W.T….InshaAllah
Wassalam
Jom tengok >> Kempen Bi'ah Solehah
:: SALAM - SENYUM - SANGKA BAIK ::
~Senyum Sokmo~
(^_^)





6 Comment:
Salam'alayk...
hmmm...yg last mmg susah...
sangka baik...
tp kdang2 lg susah nak senyum,
terutama pada akak2 hawa =(
btul gak 2....
mmg pyah jgak nk snyum kat akak2 hawa..
yg lain2 aptah lg...
huhu...
xpe2...slow2 kta wat...
tp jgn over...
hehe
haishh,senyum saje xpe.jangan terover senyum..nanti ada yang terpikat..anggap je nk bersedekah ;)
btul3....
bhya plok kalu t'pkat...
haha...
senyum itu sedekah...=)
haa...ok3...
utk akak2 hawa kita ubah skit...
tp 3S lg...
Sangka baik...
Salam (bila perlu)...
&...yg baru...
SENGIH!!! haha =)
haha....
btul2...
SENGIH LEBAR-LEBAR BIOR NAMPOK GIGI...:D
Post a Comment