السلام عليكم
Agak lama tidak menge”post” sesuatu di dalam blog ini…nak kata masa tak ada, masa memang tak pernah lari, cuma saya yang selalu melarikan diri dari masa. Agak tidak patut untuk lari dari masa kerana masa amat-amatlah penting dalam hidup kita semua. Tanpa masa, hidup akan jadi kucar-kacir, tak tersusun.
Terdengar suatu ayat dari seorang ustaz tatkala mendengar dia mentafsirkan kitab Fiqh Perubatan…
”Kehidupan itu satu ujian…”
Bila difikirkan balik ayat itu, memang sesuai dengan hidup kita sekarang ni. Kalau tak ada ujian, macam mana kita nak sedar yang kita sudah cekal atau tabah dalam menghadapi kehidupan.
Memang diketahui bahawa kita ni “pelakon-pelakon” di “pentas dunia” yang akhirnya akan diketahui keputusannya di hari pembalasan kelak. Jadi, jadilah “pelakon-pelakon” yang mengikut apa yang ditetapkan dalam “skrip” yang dibuat oleh “PENGARAH”.
Semoga kita semua menjadi “pelakon-pelakon” yang mendapat penghargaan yang berkekalan di hari penganugerahan kelak…InsyaAllah…
"Dunia hanyalah persinggahan bagi musafir berkelana mencari arah"
~Senyum Sokmo~
(^_^)





0 Comment:
Post a Comment