السلام عليكم
Salam ukhuwah, salam muhibah…
Sekadar berkongsi nasihat dan panduan kepada semua sahabat, yang saya petik dari sebuah artikel :
Apabila semuanya serba tidak kena dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah…
kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.
Apabila hidup diselubungi kegelapan…
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya
Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah…
pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu, Dia Yang Maha Adil.
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu…
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi…
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah…
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya.
Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu…
carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu…
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan…
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.
Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri…
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa.
Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya…
serahkan dirimu kepada Dia, satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.
Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan…
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Sama-sama kita ambil untuk dijadikan pemangkin atau pemberi kata semangat untuk mendekatkan diri kita kepada Dia dikala kita terasa jauh dariNya.
InsyaAllah…
p/s : ayat-ayat yang di "highlight" adalah disebabkan oleh masalah teknikal. Harap dimaafkan.
:: Wassalam ::
~Senyum Sokmo~
(^_^)





0 Comment:
Post a Comment