Takdir
Definisi yang kita faham adalah ketentuan. Sejauh mana kita tahu mengenai takdir?? Tetap ada persoalan dalam lubuk hati kita walaupun hanya sebesar zarah. Kita cuba merancang takdir kita tetapi kita tahu bahawa Allah jualah yang menentukannya kerana Dia lebih tahu apa yang lebih baik untuk diri kita.
Mungkin kita yang pada asalnya tidak berkeyakinan untuk mengambil course medic tetapi dengan izin Allah, rezeki diberi kepada hambanya yang Dia kehendaki. Akhirnya course ini ditempuh jua walau ada banyak ujian yang datang tanpa segan-silu dan tidak mengira waktu.
Banyak ujian datang dalam kita menentukan takdir kita sendiri tetapi kita perlu kuat samada dari segi rohani ataupun jasmani. Oleh itu, kita cuba teguhkan hati dan iman kita sebaik mungkin.
Qada’ dan Qadar kita sememangnya telah diketahui oleh Pencipta kita tetapi janganlah tiada usaha dari kita kerana rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha dari kita sendiri. Ingatlah, rezeki adalah untuk orang yang berusaha mencarinya bukan rezeki yang mencari kita (hmm…betul ke ayat ni??).
Jom kita bina jati diri kita…jangan biarkan syaitan dan nafsu menguasai diri.
Wassalam…
p/s : Ya Allah...tunjukkanku jalan yang lurus dan yang Engkau redhai
~Senyum Sokmo~
(^_^)





0 Comment:
Post a Comment