Monday, January 4, 2010

:: Sekadar nasihat ::

Assalamualaikum…..

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi ini merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!....InsyaAllah

1- Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2- Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

3- Apabila kamu berkata, “Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

4- Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

5- Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

6- Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

7- Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

8- Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

9- Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

10- Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

11- Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

12- Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri.
2. Rasa hormat kepada orang lain.
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

13- Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

14- Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

15- Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

16- Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Nasihat-nasihat ini saya ambil dari sebuah web (lupa dah kat mana…)…bagus juga bila saya baca nasihat ini. Ada gunalah juga nasihat ini untuk diri kita dan diri orang lain.

Jom semua! Kita cuba lakukan nasihat-nasihat ini…

Semoga Allah mudahkan semua urusan yang kita semua lakukan…

Wassalam...

~Senyum Sokmo~

(^_^)

0 Comment:

Post a Comment