Tuesday, January 12, 2010

:: DOA ::



Doa..

Mengapa kita perlu berdoa???

Perlukah kita berdoa setiap saat, setiap waktu….

Sememangnya kita tahu bahawa doa merupakan senjata bagi orang mukmin tetapi janganlah kita hanya berdoa dikala kita ditimpa kesusahan atau kesulitan sahaja. Masa senang atau lapang, kita lupa untuk berdoa…bagaimana mungkin doa akan menjadi senjata bagi kita jika kita selalu mengambil mudah dalam berdoa.

Tambahan pula sekarang ini kita sebagai mahasiswa/wi yang sedang mempelajari ilmu Allah perlulah sentiasa berdoa seperti doa semasa belajar, doa untuk diperkuatkan ingatan dan banyak lagi doa-doa yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian. Jika kita memulakan sesuatu pekerjaan kita dengan Bismillah dan doa, InsyaAllah Allah akan memberkati setiap kerja yang kita lakukan even sewaktu hendak tidur sekalipun juga boleh dikira ibadat disisiNya. MashaAllah…mudahnya kita untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah, cuma kita sahaja yang tidak nampak.

Jangan hanya berharap dengan usaha dan tawakal sahaja jika tidak disertai dengan doa. Tetapi jangan pula selepas kita tamat pengajian, kita jarang untuk berdoa. Doa sangat….sangat penting dalam apa jua keadaan sekalipun dan kita jangan putus asa untuk berdoa kepada Allah jika diuji dengan musibah walaupun kita selalu berdoa kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Sama-sama kita mulakan setiap pekerjaan kita dengan menyebut nama Allah “ بسم الله الرحمن الرحيم” dan doa-doa yang sewaktu dengannya….

Wassalam…

p/s : maaf jika ada salah silap dalam penulisan ini dari hamba yang dhoif.

~Senyum Sokmo~

(^_^)

0 Comment:

Post a Comment