Thursday, December 17, 2009

-: Selamat tinggal 1430H :-


Salam untuk semua sahabat,

Dalam sedar tak sedar, kita sudah memasuki tahun baru dalam kalendar Islam.

Yang mana cerita mengenai hijrah ini telah kita dengar semenjak kita berada di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampailah ke universiti. Tak lekang dek mulut setiap muslim apabila datangnya tahun baru Islam ini.

Sebagaimana yang kita tahu, bermulanya tahun hijrah ini apabila penghijrahan Baginda Nabi Muhammad S.A.W dari Mekkah ke Madinah dalam tujuan untuk memperkasakan umat Islam yang pada ketika itu sering ditindas oleh puak-puak musyrikin Mekkah.

Banyak dugaan dalam penghijrahan baginda dalam menegakkan agama Islam bersama sahabat serta kaum muslimin yang lain.

Sampai sahaja di Madinah, Baginda dan sahabat serta kaum muslimin disambut dengan begitu meriah dan pada saat itu bermulalah penyebaran empayar Islam ke serata dunia.

Oleh itu, bersyukurlah kita pada hari ini kerana tidak perlu berhijrah sebagaimana Rasulullah dan para sahabat TETAPI kita perlu ingat bahawa hijrah kita merangkumi dalam pelbagai cara. Antaranya hijrah dari segi amalan, perangai, kehidupan dan sebagainya.

Sememangnya manusia tidak lekang dari kesalahan.

Sama-sama kita muhasabah diri kita…

Muhasabah bukan hanya pada awal-awal tahun tetapi kita perlu sentiasa muhasabah diri kita setiap hari, setiap detik kerana kita semua manusia yang sering lupa dan alpa. Sama-sama kita beristigfar dan berdoa kepada Allah S.W.T. supaya diampunkan segala dosa-dosa yang telah dilakukan oleh kita samaada dalam sedar atau tidak sedar sepanjang kita diberi nikmat nyawa oleh Allah S.W.T.

Saya menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf jika ada salah silap sepanjang penulisan ini dan sila tegur jika ada ayat-ayat atau info-info yang tidak sesuai atau salah yang telah saya gunakan sepanjang saya berada dalam dunia penulisan ini.

Semoga tahun 1430H memberi 1001 iktibar dan pengalaman yang berharga kepada kita semua.

Akhir kalam, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

InsyaAllah…

Wahai orang-orang yang banyak melakukan dosa! Ketahuilah bahawa sesungguhnya bapamu (Adam A.S.) dikeluarkan dari syurga kerana satu dosa sahaja." - kata-kata hikmah Saidina Ali b Abi Talib K.W.H

Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku semakin berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.” -Ibnu Mas'ud

(sumber dari YM yang diforward)


:: Salam Ma’al Hijrah – 1431H ::

~Senyum Sokmo~

(^_^)

0 Comment:

Post a Comment