Assalamualaikum wbt...
Sekadar perkongsiaan untuk semua...
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Perkara Sunat dilakukan pada Hari Asyura :
1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri.
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadhilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.
3. Menahan marah.
Fadhilat - di akhirat kelak Allah s.w.t. akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya dalam iman dalam hati.
5. Menyapu/Mengusap kepala anak yatim.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.
6. Bersedekah.
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seberti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat.
Fadhilat - tidak sakit(sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak.
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca surah al-ikhlas 1000 kali.
Fadhilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukanya. Lafaz niat : sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas baca al-fatihah dibaca surah al-ikhlas 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa.
Niat - "sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadhilat - diberi pahala 1000 kali haji, 1000 kali umrah, dan 1000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
~ Senyum Sokmo ~




0 Comment:
Post a Comment