Bila aku melihat matahari…aku ingin menjadi seperti matahari
Bila aku melihat bulan…aku ingin menjadi seperti bulan
Bila aku melihat burung-burung bebas berterbangan…aku juga ingin menjadi seperti burung-burung itu
Akan tetapi bila aku fikirkan balik…kenapa aku nak jadi semua itu??
bukankah kita ini (manusia) adalah sebaik-baik makhluk yang Allah ciptakan diatas muka bumi ini.
Kita memang senantiasa tidak pernah puas dalam kehidupan, nak itu, nak ini tapi lupakah kita bahawa kita telah banyak mendapat nikmat yang free yang mana kita tidak perlu membayar dengan wang ringgit atau apa-apa sahaja benda yang berbentuk material kepada Pencipta kita semua.
Kita dapat mata free untuk melihat tetapi berapa ramai manusia yang menggunakannya dengan tujuan yang baik??
Kita dapat hidung free untuk bernafas yang mana udara yang kita dapat juga tidak diminta apa-apa bayaran oleh penciptaNya….syukurkah kita??
Yang membezakan kita dengan makhluk tuhan yang lain adalah AKAL…adakah kita gunakan akal yang kita dapat itu dengan tujuan yang baik??
Kadang-kadang saya terfikir sendirian, pernahkah saya bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan ini?? Kita dapat lihat ramai saudara seIslam kita yang ditarik nikmatnya seperti buta, pekak, bisu dan sebagainya. Pernahkah kita fikirkannya??
Cuba kita hitung berapa kali kah kita ucapkan rasa syukur kita kepada Allah dalam seminggu?? Jika hendak dikira dalam hari, mungkin terlalu sedikit.
Mungkin sebab kita ini MANUSIA dan HAMBA yang lemah, kita sering lupa yang kita hidup ini dengan meminjam…
Kita kena ingat mana asal usul kejadian kita semua… dari air yang hina…
Selagi tidak didatangkan musibah, selagi itulah kita akan sentiasa hanyut…Nauzubillah
:: Jom kita muhasabah diri kita ::
...Islam For All...
~ Senyum Sokmo ~
(^_^)




0 Comment:
Post a Comment