Assalamualaikum w.b.t...
Fuhhh….memang minggu yang memenatkan akal fikiran (@_@)
Rasanya sudah lama tidak men”copy-paste”kan artikel…almaklumlah, saya cuba menulis tetapi tidak terlalu pandai untuk menulis sebagaimana sahabat-sahabat lain. Sekadar men”copy-paste”kan sahaja yang tahu dibuat.
Walaubagaimanapun, saya harap kita sama-sama dapat ambil manfaat dan iktibar dari artikel atau apa-apa sahaja bahan penulisan yang telah saya postkan.
Sedang asyik mendengar radio, saya terdengar sebuah sajak atau syair (saya kurang pasti…hehe). Macam pernah dengar pula, saya cuba search dalam file-file dalam computer dan….akhirnya jumpa juga bait-bait sajak atau syair yang saya dengar tadi.
Ini bukan hasil tulisan saya bahkan mungkin tidak berhak untuk saya tulis, akan tetapi kalau untuk perkongsian ilmu…apa salahnya.(*_^)
Sekadar renungan buat sahabat-sahabat khususnya berjantina XX yang didoakan akan selalu ditetapkan iman-iman mereka oleh Allah S.W.T..Aminnn~~
Untukmu Ratuku
Ratuku…
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah
Ratuku
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu
Ratuku
Kebimbanganku bertambah lagi bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya
Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang ku lihat
Hari ini semakin banyak
Bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku
Bukanlah ku harap
Kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiya
Menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A’ishah
Bukan juga Rabi’atul Adawiyyah
Wanita suci terpuji
Kerana
Aku tidak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu
Hanya ujian buatmu
Ratuku
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakkan serimu
Kerana
Kau ratu idaman kalbu
Ratuku
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi
Bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum legar
Kerana akan ku temui
Ratu yang benar-benar ratu
Jika sahabat-sahabat ingin mendengarnya , boleh klik disini
p/s : saya sayang sahabat-sahabat saya ~~
~Senyum Sokmo~
(^_^)




2 Comment:
kemah m0lek mimz..hehe
haha...
kemah mna gak..
copy paste jah 2..
huhu~~
Post a Comment