السلام عليكم
Aku berjalan-jalan sendirian di lorong hitam. Tiada berteman hanya berseorangan . Mungkin niat untuk untuk lari dari kehidupan yang penuh dengan pancaroba tapi mana mungkin kita dapat lari dari hidup di dunia kerana kita sememangnya diberi amanah sebagai khalifah untuk mentadbir bumi ini.
Menjadi seorang dae’i memang sesuatu yang sukar dan payah bagi seseorang manusia yang sememangnya selalu lalai dan leka dengan nikmat dunia. Terlalu pentingkan nikmat ini sehingga jarang terfikir tentang nikmat yang akan kita dapat di akhirat yang kekal abadi jika kita selalu beribadat dengan seikhlas-ikhlasnya kepada Sang Pencipta…Subhanallah…
Kita hanya manusia biasa jika dibandingkan dengan wali-wali atau ulama’-ulama’ umpama langit dengan bumi jika dibandingkan dalam segi ilmu dan banyak lagi. Ada sebuah cerita yang ingin dikongsi bersama mengenai ketinggian ilmu dan keteguhan iman tentang seorang ulama’ yang tidak termakan dek tipu daya syaitan durjana laknatullah.
SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir Jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.
Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah ku gugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.
Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.
MashaAllah…betapa hebatnya ulama’ tersebut. Jika kita berada ditempatnya, tidak dapat diketahui keadaan kita pada waktu itu. Di waktu panas terik, tiada air, dalam keadaan yang sangat haus tetapi tiba-tiba ada seseorang yang tidak diketahui asal usul datang menawarkan minuman.
Kuatkah kita??
Tepuk Dada Tanya Hati
Teguhkah iman kita??
Sama-sama kita renungkan setebal mana iman kita…
Wassalam...
~Senyum Sokmo~
(^_^)





0 Comment:
Post a Comment