Saturday, June 18, 2011

:: C.I.N.T.A. ♥ ::


Ya Aziz

Jika Cinta Adalah Ketertawanan

Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu

Agar tidak Ada Lagi Yang Dapat Menawanku Selain Engkau


Ya Rahim

Jika Cinta Adalah Pengorbanan

Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku

Semata-mata Tulus Untuk-Mu

Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu


Ya Robbi

Jika Rindu Adalah Rasa Sakit Yang Tidak Menemukan Puncanya

Penuhilah Rasa Sakitku Dengan Rindu Kepada-Mu

Dan Jadikan Kematianku Sebagai punca Pertemuanku Dengan-Mu


Ya Robbi

Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona

Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu

Agar Damai Sentiasa Ku rasakan

Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu


Ya Allah

Jika Kasih Adalah KebahagiaanYang Tiada Bertepi

Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku

Di saat Ku persembahkan Sesuatu Untuk-Mu


Ya Allah

Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta

Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu

Ke manakah Wajahku Hendak Ku sembunyikan Dari-Mu


Ya Rahman

Dunia Yang Engkau Bentangkan Begitu Luas

Bagai Belantara Yang Tak Dapat Ku tembus Di Malam Yang Gelap Gelita

Agar Tidak Tersesat Dalam Menjejakinya


Ya Rahim

Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yang Ku lalui Terasa Nikmat

Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam

Aku Sedar Semua Ini Milikmu

Dan Suatu Saat Jika Kau Kehendaki

Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu


Aku pasrahkan kehidupanku kepada-Mu


sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/cinta/#axzz1PYcMm13Y


Lama sudah tidak menabur benih di dalam tapak semaian ini. Terlalu lama tidak mencoret kata-kata dan bercopy-paste sebarang artikel untuk dikongsi bersama teman-teman. Bukan tidak sudi, bukan pula pergi membawa diri tetapi diri ini makin lalai. Tidak tahu jalan mana yang harus dipilih. Terasa diri ini masih lagi mentah dan baru dalam mencari CINTA. CINTA ILLAHI yg makin hari makin dirasakan jauh.


Mudah unttk melafazkan CINTA sesama makhluk, tetapi terasa sukar untuk melafazkan CINTA kepada SANG PENCINTA.


Masih samar dalam menyuluh CINTA ILLAHI. Diri ini mengetahui hanya KAU yang mampu memilih sesiapa sahaja diantara hambaMU untuk diCINTAI olehMU. Aku memohon dan berharap agar diberi peluang untuk merasai nikmat dan indahnya CINTAMU itu.


Mungkin diri ini tidak layak untuk merasai CINTAMU. Akan tetapi, aku tidak akan pernah putus harapan untuk cuba meraih CINTAMU itu.


p/s : Saya pinjam coretan kata-kata yang ditulis di FB kawan saya yang disegani dan dihormati yang diambil dari petikan “ Di Bawah Lindungan Kaabah – Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)” ^_^ - sege nge abuHumairah


"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci, Cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi kalau ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budipekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."




Jangan pernah ditanya sebesar mana cintaku padamu.

Kerana yang pasti ku tak akan mencintaimu melebihi penciptaku.


Jangan pernah ditanya pula apakah cintaku padamu tak akan luntur.

Kerana yang pasti ku tak akan melunturkan cintaku kepada penciptaku.


Dan jangan sesekali bertanya apakah aku tak akan mengkhianatimu.

Kerana yang pasti ku akan selalu mencintai penciptaku.

Indahnya CINTA ILLAHI…


Wassalam


~Senyum Sokmo~

(^_^)

0 Comment:

Post a Comment