Monday, November 23, 2009

Ikrar Seorang Doktor




بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Saya bersumpah demi Allah Yang Agung
Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya
Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia disemua peringkat
dan di dalam semua keadaan.
Melakukan dengan seberapa daya saya
untuk menyelamatkannya dari
maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan
.
Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang,
melindungi perkara-perkara peribadi
dan mengunci rahsia mereka
.
Bahawa saya akan sepanjang masa
memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah,
memberikan khidmat perubatan saya
kepada yang dekat dan yang jauh,
yang baik dan yang berdosa
serta kawan dan lawan.
Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan
dan menggunakannya untuk manfaat

dan bukan untuk merosakkan manusia
Bahawa saya akan menghormati guru saya,
mengajar doktor dibawah saya,
menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain

dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan.
Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya
semasa berseorangan atau dikhalayak ramai,
mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya
pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain
.
Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini.

Ameen~~

0 Comment:

Post a Comment