Wednesday, October 21, 2009

Bangkitlah wahai kaumku...


*Gambar tiada kaitan

Bangkitlah MELAYU...


Tak lama dulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi itu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik orang Cina yang menjual ketam.

Melayu : Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina : Ada…ada…lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu : Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina : Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam Cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam Melayu la….

Melayu : Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup…ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina : Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu : Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina : Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia seekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.


Pengajaran :
Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga….orang Cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Orang Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar orang Cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang Melayu, bila satu orang Melayu nak berjaya, orang Melayu lain akan guna apa saja supaya orang Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu Melayu tak maju…

Moral of the story

Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal


(^-^)




2 Comment:

Sengoku said...

mimz, saya mau udang punya ada ka??
hemm......manusia kalau guna otak ketam mcm tu la jd nya....isy..isy...

kte pnya mesyuarat beyt castello(ak bg nme...haha) bla mau stat??

mimz said...

haha...
lain kali gna la otak mnusia...
Allah da bg leklok da....
gunakn sbaiknya..
beyt castello???hmmm...
bleh je nk wat skrg ni...tp wat sorg2 la...
hehe

Post a Comment