Thursday, September 10, 2009

Bila al-Quran mula bersuara...



"Bacalah al-Quran walaupun satu ayat..."


::Al-Quran Panduan Penunjuk Jalan::




Waktu engkau masih kanak-kanak………

Kau laksana kawan sejatiku…..

Dengan wudhu’, aku kau sentuh dalam keadaan suci…..

Aku kau pegang,

Aku kau junjung dan kau pelajari.

Aku kau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari..

Setelah selesai engkau menciumku mesra....


Sekarang engkau telah dewasa...

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…

Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah???

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuan mu…

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji….


Sekarang,

Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan....

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu…..

Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar kau dianggap bertaqwa...

Atau aku kau buat penangkal untuk menakutkan iblis dan syaitan...


Kini,

Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesunyian..

Di dalam almari,di dalam laci,aku kau pendamkan...


Dulu..

Pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman..

Di waktu petang pula, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau...


Sekarang...

Seawal pagi sambil minum kopi; engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah S.W.T.

Aku engkau abaikan dan engkau lupakan

Waktu berangkat kerja pun kadang-kala engkau lupa baca pembuka surah –surahku(bismillah)..

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu..

Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu..

Mengasyikkan…..

Di meja kerjamu, tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mula bekerja..

Di komputermu pun kau putar muzik kesukaan mu…..

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku…

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun engkau abaikan....

Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku..

Bila malam tiba, engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan tv..

Menonton siaran televisyen...

Di depan komputer, berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah..


Waktu pun cepat berlalu...

Aku semakin kusam dalam laci-lacimu...

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama...

Seingatku, hanya awal Ramadhan sahaja engkau membaca ku kembali..

Itupun hanya beberapa lembaran dariku..

Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu...

Engkau pun terangkak-rangkak ketika membaca ku..

Atau waktu kematian saudara taulan mu…


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba...

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..

Apakah tv, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu nanti?

Yang pasti ayat-ayat Allah S.W.T yang ada padaku dapat menolongmu..

Itu janji tuhanmu,Allah Yang Maha Esa…


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…

Setiap saat berlalu…

Dan akhirnya….

Kubur yang setia menunggu mu….

Engkau pasti kembali, kembali kepada tuhanmu....

Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda yang gagah nan tampan…

Yang akan membantu engkau membela diri ...

Dalam perjalanan ke alam akhirat ....

Dan akulah “al-Quran”, kitab sucimu…

Yang akan melindungimu…..

Peganglah aku kembali….

Bacalah aku kembali setiap hari....

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci..

Yang berasal dari Allah S.W.T...

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui rasul mu..

Keluarkanlah segera aku dari dalam almari, lacimu...

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu..

Agar engkau sentiasa mengingati tuhanmu...


Sentuhilah aku kembali....

Baca dan pelajarilah lagi aku......

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat....

Seperti dulu

Waktu engkau masih kecil...


p/s : sekadar renungan bersama

0 Comment:

Post a Comment