
Ya Allah
Aku ini insan yang sangat kerdil dan lemah disisiMu
Hanya padaMu aku berlindung
Hanya padaMu aku bermohon
Berikanlah petunjukMu kepadaku
Tunjukkan aku jalan yang lurus
Ya Rahman
Betapa banyaknya dosaku kepadaMu
Dosaku kepada ibu-bapaku
Dosaku kepada keluargaku
Dosaku kepada diriku
Dosaku kepada sahabat-sahabatku
Dosaku kepada saudara-saudaraku
Dalam sedar atau tidak sedar
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui
Ya Rahim
Aku sering leka dan lalai
Dengan nikmat duniaMu ini
Betapa sedikitnya syukurku dengan nikmatMu
Bantulah aku dalam mencari redhaMu
Kerana aku tidak layak untuk ke SyurgaMu
Namun tidak pula aku sanggup untuk ke NerakaMu




0 Comment:
Post a Comment